Korea Utara lancar tiga ujian peluru berpandu

Korea Utara lancar tiga ujian peluru berpandu

SEOUL, 19 Julai – Korea Utara telah melancarkan tiga ujian peluru berpandu balistik hari ini, dalam mengingkari lagi komuniti antarabangsa dan dalam reaksi jelas kepada pelancaran dirancang sistem pertahanan AS di Korea Selatan.

Pelancaran-pelancaran itu menarik kutukan pantas daripada Amerika Syarikat dan Jepun, yang berikrar bagi satu tindak balas bersama terhadap pencabulan berulang kali Pyongyang terhadap sekatan-sekatan PBB yang menghalangnya bagi sebarang latihan-latihan senjata.

Ia datang apabila pengasingan Korea Utara kian mendalam selepas ia berkata bulan ini ia telah memutuskan kesemua saluran diplomatik dengan AS.

Dua peluru berpandu SCUD dilancarkan di antara 500 dan 600 kilometer (310-370 batu) ke dalam Laut Jepun, sementara yang ketiga, dipercayai peluru berpandu balistik Rodong jarak sederhana, dilancarkan kira-kira satu jam kemudian.

Arah tuju peluru berpandu Rodong itu masih dalam penilaian, jurucakap Ketua Kakitangan Gabungan Seoul, Jeon Ha-Kyu berkata.

Korea Utara melancarkan tiga ujian peluru berpandu balistik sebagai tindak balas terhadap ancaman Korea Selatan dan AS yang ingin melancarkan senjata THAAD. – AFP
Korea Utara melancarkan tiga ujian peluru berpandu balistik sebagai tindak balas terhadap ancaman Korea Selatan dan AS yang ingin melancarkan senjata THAAD. – AFP

Peluru berpandu jarak jauh SCUD, boleh disasarkan ke mana-mana sahaja di dalam kawasan Korea Selatan, kata pihak tentera, menambah bahawa ujian-ujian terbaru itu dianggap dikaitkan dengan ancaman-ancaman terbaru dari Utara.

Pyongyang minggu lepas berkata ia akan mengambil “langkah fizikal” selepas Washington dan Seoul mengumumkan pelancaran sistem pertahanan anti-misil canggih AS. Pengumuman senjata THAAD, didorong oleh beberapa siri pelancaran peluru berpandu tahun ini yang para analisis katakan demontrasi yang dibuat oleh Utara itu satu kemajuan terhadap keupayaan untuk menyerang tanah besar Amerika Syarikat.

Satu lagi sumber tentera mengatakan bahawa peluru berpandu SCUD nampaknya menjadi pilihan senjata Pyongyang jika ia ingin mensasarkan tempat-tempat seperti Seongju, di mana sistem THAAD akan dilancarkan. – AFP