Korea Utara lepaskan 2 warga Korea Selatan

Korea Utara lepaskan 2 warga Korea Selatan

SEOUL, 17 Jun (AFP) – Korea Utara hari ini melepaskan dua warga Korea Selatan yang telah ditahan bulan lepas disebabkan memasuki secara haram negara komunis itu, Kementerian Penyatuan Seoul berkata.

Dua warga tersebut iaitu seorang lelaki berumur 59 tahun dan perempuan 51 tahun dilaporkan hilang ketika membuat perjalanan ke timur laut China berhampiran dengan sempadan Korea Utara.

Sehingga kini masih tidak jelas siapa mereka dan kenapa mereka memasuki negara tersebut, tetapi agensi berita Yonhap berkata mereka berdua dipercayai pasangan suami isteri.

Kedua-dua mereka diserahkan semula di Selatan Panmunjom, sebuah kampung dalam gencatan senjata pada sempadan antara korea, menurut kementerian.

Mereka akan disoal siasat bagi menjelaskan sebab kenapa mereka memasuki Korea Utara tanpa kebenaran, pegawai kementerian berkata.

Pyongyang telah menyerahkan semula enam warga Korea Selatan pada 2013 dan seorang lagi lelaki 52 tahun, tahun lepas setelah menolak permintaan mereka untuk pembelotan.

Bagaimanapun, ia telah menolak panggilan berkali-kali Seoul untuk membebaskan empat lagi warga Korea Selatan, termasuk pelajar Universiti dari New York dan tiga mubaligh, yang telah ditahan memasuki negara itu secara haram.

Pyongyang memandang mubaligh luar dengan syak wasangka yang mendalam, walaupun mereka membenarkan beberapa lain mengerjakan bantuan kemanusiaan.

Bagaimanapun, sesiapa yang didapati melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan akan segera ditangkap.

Beberapa mubaligh kebanyakannya warga AS telah ditahan di Korea Utara di masa lalu dengan beberapa daripada mereka telah dibenarkan pulang selepas tokoh AS berprofil tinggi masuk campur.

ARTIKEL YANG SAMA