Korea Utara mampu cipta 10 bom nuklear

Korea Utara mampu cipta 10 bom nuklear

SEOUL, 11 Jan – Korea Utara sekarang mempunyai plutonium yang cukup untuk membuat 10 bom nuklear, kata Korea Selatan hari ini, seminggu selepas pemimpin Kim Jong-Un berkata ia hampir-hampir melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua.

Negara komunis tersisih itu, yang telah menjalankan lima ujian nuklear dan pelbagai pelancaran peluru berpandu, dipercayai merancang kempen nuklear pada 2017 tatkala ia berusaha menghasilkan sistem senjata yang berupaya menyerang AS.

Penganalisis tidak sependapat mengenai sejauh mana Pyongyang akan mencapai cita-cita nuklear mereka, namun semuanya bersetuju ia telah mencatat kemajuan besar sejak Kim mengambil alih sebagai pemimpin daripada bapanya Kim Jong-Il yang meninggal dunia pada Disember 2011. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA