Korea Utara miliki bom hidrogen?

Korea Utara miliki bom hidrogen?

SEOUL, 10 Dis – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un (bawah) membayangkan bahawa negara nuklearnya itu telah memajukan bom hidrogen, satu langkah yang akan memberikan isyarat langkah besar ke hadapan dalam kemampuan senjata nuklearnya.

Pada lawatan pemeriksaan baru-baru ini ke tapak tentera bersejarah, Kim menyebutkan bahawa Korea Utara sudah pun menjadi “negara nuklear yang bersedia untuk meletupkan bom-A dan bom-H untuk dengan pasti mempertahankan kedaulatannya”, lapor agensi rasmi Korea Utara KCNA hari ini.

Korea Utara telah pun menguji tiga bom atom, yang bergantung pada pembelahan nuklear.

Hidrogen atau peranti termonuklear, menggunakan pelakuran dalam reaksi rangkaian yang membawa kepada letupan berkuasa tinggi.

Korea Utara membayangkan sebelumnya pada perarakan senjata “lebih kuat dan lebih berkuasa tinggi”, tetapi kenyataan Kim dipercayai rujukan pertama langsung kepada bom-H.

KOREA-NORTH/

Korea Utara telah membuat banyak dakwaan yang tidak dapat disahkan tentang kekuatan senjata nuklearnya, yang termasuklah kemampuan untuk menyerang tanah besar Amerika Syarikat yang kebanyakan ditolak oleh kebanyakan pakar-pakar – sekurang-kurangnya masa ini.

Pada September lalu, Institusi Sains dan Keselamatan Antarabangsa di Washington ((ISIS) telah mengeluarkan amaran mengenai apa yang nampaknya tempat kemudahan ‘sel panas’ baru sedang dalam pembinaan di kompleks nuklear utama Yongbyon, Korea Utara.

Para penganalisis di kumpulan pemikir mengatakan gambar satelit mengatakan ia mungkin tempat kemudahan pemisahan isotop, mampu menghasilkan tritium.

Tritium adalah komponen penting dalam rekaan senjata lebih termonuklear dengan lapangan lebih besar dari yang dibuat hanya untuk plutonium dan uranium.

Dua ujian nuklear pertama Korea Utara dalam tahun 2006 dan 2009 adalah peranti plutonium, manakala yang ketiga dipercayai – meskipun tidak disahkan – telah menggunakan uranium sebagai bahan boleh belahnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA