Korea Utara sedia lancar nuklear – bijak pandai

Korea Utara sedia lancar nuklear – bijak pandai

SEOUL, 12 Julai – Imej satelit menunjukkan aktiviti tahap tinggi di tapak ujian nuklear Korea Utara untuk memastikan kemudahan itu akan sentiasa bersedia bagi sebarang arahan dari Pyongyang, menurut seorang bijak pandai Amerika Syarikat.

Institut AS-Korea di Universiti John Hopkins berkata imej bertarikh 7 Julai di laman Punggyeri menunjukkan apa yang kelihatan seperti bekalan-bekalan dan kelengkapan disusun bersebelahan Gerbang Utara di mana pihak Utara menjalankan ujian nuklear keempatnya pada Januari.

Sebuah kenderaan juga berada berdekatan bangunan sokongan dan beberapa gerobok bijih lombong juga mungkin kelihatan di tenggara gerbang itu, membayangkan bahawa terowong itu telah digunakan secara kerap.

“Berdasarkan imej sahaja, ia tidak mungkin dapat menentukan sama ada aktiviti bagi penyelenggaraan, penggalian atau persediaan bagi satu ujian nuklear kelima,” ia berkata kelmarin dalam laman sesawangnya 38 North.

Bagaimanapun, ia jelas bahawa Korea Utara memastikan tempat itu dalam keadaan bersedia yang boleh membenarkan pengendalian ujian nuklear masa depan jika arahan datang dari Pyongyang,” tambahnya.

p14-3_20160713

Ketegangan kian meningkat sejak Pyongyang menjalankan ujian nuklear keempatnya pada Januari, diikuti beberapa siri pelancaran peluru berpandu.

Pyongyang semalam mengancam untuk mengambil “tindakan fizikal” selepas Washington dan Seoul mengumumkan mereka akan melancarkan satu sistem pertahanan anti-peluru berpandu canggih AS.

Pihak tentera Utara berkata mereka akan mengambil “langkah tanpa belas kasihan dan kuat” terhadap pelancaran sistem Pertahanan Terminal Altitud Kawasan Tinggi (THAAD) di Selatan.

Ujian pelancaran Pyongyang yang kelihatan seperti pelancaran peluru berpandu balistik kapal selam pada Sabtu, sehari selepas pengumuman THAAD.

Juga berlaku kelmarin, pihak Utara berkata ia akan memotong kesemua saluran diplomatik dengan AS dan mengendalikan isu-isu berkaitan dengannya di bawah “undang-undang ketika perang” dalam bantahan pada sekatan terhadap pemimpin Kim Jong-Un.

Isu di mana dua warga Amerika ditahan di Utara adalah “tiada pengecualian,” menurut Utara, menunjukkan ia tidak akan menggunakan mereka sebagai kad perundingan dan akan melayan mereka dengan kasar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA