Korea Utara sedia untuk perang

Korea Utara sedia untuk perang

SEOUL, 21 Ogos (Reuters)  – Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengarahkan tenteranya bersiap sedia untuk berperang bermula 5.00 petang hari ini selepas kerajaan beliau mengeluarkan kata dua kepada Seoul supaya menghentikan siaran propaganda anti Pyongyang pada tengah hari esok atau berdepan tindakan ketenteraan.

Timbalan Menteri Pertahanan Korea Selatan Baek Seung-joo berkata berkemungkinan Korea Utara melepaskan tembakan ke arah beberapa buah dari 11 buah tapak tempat alat pembesar suara yang dipasang pada sisi Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan kedua-dua negara.

Ketegangan bertambah semalam apabila Korea Utara melepaskan tembakan ke arah Korea Selatan untuk membantah terhadap siaran itu.

Korea Selatan memberi respons dengan bedilan meriamnya sendiri. Kedua belah pihak berkata tidak ada yang terkorban atau tercedera atau kerosakan di wilayah mereka.

Pembedilan Korea Utara berlaku selepas pada hujung minggu lalu ia menuntut Korea Selatan menamatkan penyiaran itu atau berdepan tindakan ketenteraan, kes yang agak luar biasa susulan dari ancaman kerap ke atas Korea Selatan.

Pemimpin Korea Utara mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengarahkan tenteranya bersedia untuk perang. – Reuters
Pemimpin Korea Utara mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengarahkan tenteranya bersedia untuk perang. – Reuters

Kata dua 48 jam supaya menghentikan penyiaran itu, disampaikan dalam sepucuk surat kepada Kementerian Pertahanan Korea Selatan melalui saluran perhubungan kementerian bersama, juga kekhususan yang bukan tipikal. Had akhir ialah sekitar pukul 5 petang Sabtu di Seoul.

Baek memberitahu parlimen penyiaran itu akan diteruskan melainkan Korea Utara menerima tanggungjawab dan memohon maaf di atas ranjau letupan udara baru-baru ini yang mencederakan dua orang tentera Korea Selatan di sepanjang DMZ. Pyongyang menafikan ia bertanggung jawab.

”Kemungkinan besar Korea Utara akan menyerang kemudahan alat pembesar suara,” kata Baek lagi.

Di Korea Utara, Kim akan meletakkan tenteranya dalam keadaan berperang sepenuhnya; bermula pukul 5.00 petang dan telah mengisytiharkan ‘keadaan kuasi-perang’ di kawasan barisan hadapan, lapor agensi berita rasmi Pyongyang, KCNA.

Terdapat indikasi bahawa Korea Utara bersiap sedia melepaskan peluru berpandu jarak jauh, lapor agensi berita Yonhap, Korea Selatan, dengan memetik sumber tidak bernama kerajaan. Korea Utara kerap melepaskan roket ke laut ketika latihan tahunan ketenteraan Korea Selatan–AS yang pada masa ini sedang dijalankan.

Pengisytiharan Pyonyang tentang keadaan separa perang adalah kali pertama ia menggunakan terminologi seumpama itu sejak Korea Utara membedil pulau Korea Selatan pada tahun 2010, lapor Yonhap. Dua marin Korea Selatan dan dua orang awam terbunuh dalam kejadian itu, yang menyusuli satu lagi kata dua yang disampaikan oleh Korea Utara.

ARTIKEL YANG SAMA