Korea Utara tembak lagi 2 peluru berpandu

Korea Utara tembak lagi 2 peluru berpandu

SEOUL, 10 Mac (Reuters) – Korea Utara menembak dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke laut hari ini, kata Seoul, tatkala Korea Selatan dan Amerika Syarikat menjalankan latihan perang besar-besaran.

Utara juga mengumumkan ia telah membatalkan semua perjanjian dengan Selatan mengenai projek tukaran komersial dan akan ‘mencairkan’ aset Korea Selatan yang ditinggalkan di belakang di wilayahnya.

Korea Utara mempunyai simpanan stok peluru berpandu jarak dekat dan sedang menghasilkan pelur berpandu jarak jauh. Peluru berpandu yang ditembak hari ini terbang kira-kira 500km di luar bandar pantai timur Wonsan dan kemungkinan daripada siri Scud yang dihasilkan oleh Soviet, kata kementerian pertahanan Korea Selatan.

Jepun, yang berada dalam jarak sasaran peluru berpandu Scud jarak lebih jauh atau peluru berpandu Rodong, mengemukakan satu bantahan menerusi kedutaan Korea Utara di Beijing, lapor agensi berita Jepun Kyodo.

Korea Utara sering menembak peluru berpandu jarak dekat apabila ketegangan meningkat di semenanjung Korea.

Kim Jong Un mengatur dan membimbing latihan bersama dari unit-unit di bawah Unit Gabungan KPA 572 dan 630 di Pyongyang pada gambar fail 23 November 2014. Korea Utara telah menembak dua peluru berpandu balistik ke laut luar pantai Wonsan awal pagi 10 Mac. – Reuters
Kim Jong Un mengatur dan membimbing latihan bersama dari unit-unit di bawah Unit Gabungan KPA 572 dan 630 di Pyongyang pada gambar fail 23 November 2014. Korea Utara telah menembak dua peluru berpandu balistik ke laut luar pantai Wonsan awal pagi 10 Mac. – Reuters

Pyongyang berasa susah hati mengenai latihan tahunan AS-Korea Selatan, yang dikatakannya merupakan persediaan untuk serangan.

AS dan Korea selatan masih berperang dengan Utara secara teknikal disebabkan Perang Korea 1950-53 berakhir dalam gencatan senjata dan bukannya satu perjanjian perdamaian.

Kira-kira 17,000 kakitangan tentera AS sedang mengambil bahagian bersama kira-kira 300,000 tentera Korea Selatan dalam apa yang digelar oleh Kementerian Pertahanan Korea Selatan sebagai latihan tentera bersama ‘terbesar’.

Korea Utara pada Ahad mengingatkan ia akan melancarkan ‘serangan nuklear’ sebagai respons kepada latihan berkenaan.

Selepas pelancaran misil jarak dekat hari ini, Korea Utara mengumumkan ia akan ‘mencairkan’ aset Korea Selatan yang ditinggalkan di belakang di zon industri Kaesong dan di zon pelancong Gunung Kumgang.

Seoul menggantung operasi di zon tersebut pada bulan lalu sebagai hukuman kepada pelancaran roket dan ujian nuklear Utara.

Korea Utara juga marah mengenai sekatan PBB ekoran ujian nuklear dan pelancaran peluru berpandu jarak jauh baru-baru ini.