Korea Utara tuntut penghantaran balik pekerja

Korea Utara tuntut penghantaran balik pekerja

SEOUL, 21 Ogos – Korea Utara hari ini meminta penghantaran balik sedozen pekerja–pekerja restoran yang lari ke Korea Selatan, sehari selepas mengkritik Seoul terhadap pembelotan berasingan yang berprofil tinggi.

Kenyataan hari ini adalah reaksi pertama Pyongyang kepada pengumuman Seoul minggu lalu di mana 12 kakitangan restoran dan pengurus mereka dibebaskan dari tahanan kerajaan.

Kumpulan tersebut telah “dibebaskan ke dalam masyarakat”, kata kementerian perpaduan Selatan, selepas perkhidmatan perisikan melengkapkan penyiasatan terhadap kes mereka.

Korea Utara mendakwa kumpulan tersebut diculik. Jurucakap bagi jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan bagi “menyelamat” mereka yang diculik menggambarkan pengumuman kementerian itu sebagai “komplot” yang bertujuan untuk “merahsiakan kebenaran di sebalik penculikan kumpulan tersebut”.

“Menyembunyikan mereka dari tempat umum…yang memetik ‘alasan keselamatan’ menunjukkan bahawa pengumuman kerajaan boneka adalah satu rekaan,’ katanya.

‘Kami akan terus berjuang sehingga kami boleh menyelamatkan dan membawa balik warga perempuan kami,” jurucakap itu menambah dalam kenyataan yang dibawa oleh agensi berita rasmi Utara, KCNA.

Pelayan wanita tersebut bertugas di restoran yang bertemakan Korea Utara di China. Mereka menjadi tajuk utama apabila tiba di Selatan pada April lalu ketika kumpulan terbesar pembelotan sejak beberapa tahun.

Sementara itu Seoul berkata mereka melarikan diri secara sukarela, Pyongyang mendakwa mereka diculik oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan dan mengadakan kempen melalui media negaranya bagi kepulangan mereka.

Kempen itu melibatkan temu bual emosi bersama keluarga wanita-wanita di Utara, dengan berang menyelar pihak berkuasa Korea Selatan dan meminta pertemuan bersama wanita tersebut.

Hampir 30,000 warga Korea Utara melarikan diri dari kemiskinan dan penindasan di negara mereka untuk menetap di Selatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA