Kos AS$6.6 bilion untuk pembangunan semula

Kos AS$6.6 bilion untuk pembangunan semula

KATHMANDU, 24 Jun (Agensi) – Nepal yang dilanda gempa bumi sudah membuat segala persiapan untuk menghoskan Persidangan Antarabangsa bagi Pembangunan Semula Nepal “Ke arah Nepal Berdaya Maju” yang dijadualkan berlangsung di sini esok.

Sepanjang persidangan itu, kerajaan Nepal akan mendapatkan sokongan penderma antarabangsa bagi rancangan pembangunan semula yang dijangka menelan kos AS$6.6 bilion sepanjang tempoh lima tahun.

Seramai 239 delegasi dari 53 negara termasuk Negara jiran China dan India, agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberepa agensi pelbagai hala sudah pun mengesahkan penyertaan mereka pada persidangan itu, Menteri Kewangan Dr Ram Sharan Mahat memberitahu wartawan di Kathmandu, ibu negara Nepal.

Kerajaan sudah menjemput perwakilan dari 70 negara dan agensi pelbagai hala untuk mengambil bahagian dalam persidangan berkenaan.

“Kami menjangka sokongan amat baik daripada Negara-negara jiran, para penderma dan agensi pelbagai hala sepanjang persidangan berlangsung,” kata Dr Ram Sharan.

ARTIKEL YANG SAMA