Kos haji dijangka terus meningkat – Jamil Khir

Kos haji dijangka terus meningkat – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Kos menunaikan haji dijangka terus meningkat disebabkan kos penginapan, pengangkutan, makan-minum dan lain-lain perkhidmatan turut bertambah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata peningkatan kos haji berlaku setiap tahun dan pada musim Haji 1437 Hijrah (H)/2016 yang baru selesai, ia sudah mencecah RM18,890 seorang.

“Tabung Haji (TH) dengan sokongan kerajaan, masih dapat mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 seorang jemaah haji ‘Muasassah’ sejak ta zhun 2009.

Pada musim yang lalu sahaja, jumlah keseluruhan subsidi haji yang ditanggung oleh TH adalah melebihi RM160 juta,” kata beliau dalam ucapan di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim 1437H di sini, hari ini.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyampaikan cenderahati kepada Setiausaha Pertama, Kedutaan Diraja Arab Saudi, Ali Ibrahim A. Alheji pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Musim Haji 1437H/2016M di Menara Tabung Haji. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TH, Haji Datuk Johan Abdullah (kiri). – Bernama

Sejumlah 31 jabatan dan agensi kerajaan dan swasta termasuk wakil kerajaan serta Kedutaan Arab Saudi telah diberikan penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan, pada majlis itu.

Jamil Khir berkata operasi pengendalian jemaah haji negara bagi musim haji 1437H dianggap sangat baik dan berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah hasil muafakat semua pihak. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA