Kos kempen Trump berganda

Kos kempen Trump berganda

WASHINGTON, 21 Ogos – Perbelanjaan kempen Donald Trump lebih dua kali ganda bulan lalu, meskipun calon presiden Republikan ini mengekalkan pembayaran gaji kepada kira-kira 70 orang kakitangan, tanpa pengiklanan televisyen dan tidak mengorak langkah pembentukan operasi penting di seluruh negara.

Sebaliknya, kira-kira separuh dari AS$18.5 juta kos kempen yang dibelanjakan diberikan kepada Giles-Parscale, sebuah firma rekaan sesawang dan pemasaran yang baru kepada politik negara, fail suruhanjaya pilihan raya menunjukkan. Ia adalah pembekal dari pertubuhan hartanah Trump.

Kempen ini telah membayar Giles-Parscale AS$8.4 juta pada bulan Julai, kira-kira dua kali ganda apa yang dikutip oleh firma San Antonio darinya dalam tempoh tahun sebelumnya. Brad Parscale, presiden, adalah pengarah pemasaran digital kempen itu.

Perbelanjaan besar dibuat ketika Trump memberikan penekanan baru pada pengutipan dana online selepas membayar bagi pilihan raya kecilnya yang kebanyakannya dari wangnya sendiri.

Berjuta-juta lagi dibelanjakan pada perjalanan udara. Kempen inI telah membayar kira-kira AS$2 juta bagi jet-jet persendirian selain dari penerbangan Trump sendiri, TAG Air, yang juga mengaut AS$500,000.

Sebilangan perunding-perunding Trump juga dibayar lumayan secara misteri.

Chess Bedsole, pengarah kempen bagi negeri Alabama, dibayar AS$64,000 bulan lalu bagi konsultasi.

Pembayaran kempen terakhirnya ialah AS$15,000 dalam bulan Disember.

Namun pembayaran gaji bagi kempen terus sedikit dan tidak ada yang baru dalam cara penyewaan pejabat, termasuklah di negeri-negeri penting seperti Ohio.

Trump begitu bergantung pada Jawatankuasa Kebangsaan Republikan bagi infrastruktur konvensional kempen.

Dan dia berbangga dengan perbelanjaan kempennya. Namun dia semakin kesuntukan waktu untuk membina operasi yang boleh menyaingi calon presiden Demokratik Hillary Clinton.

Selain mengatasi Trump dalam pengundian di negeri-negeri penting, Clinton mengekalkan kakitangan kira-kira 700 orang selama beberapa bulan, membuka pejabat di seluruh negara dan telah membelanjakan AS$67 juta untuk iklan pilihan raya umum. – AP

ARTIKEL YANG SAMA