Kos penggunaan data telefon pintar AS lebih tinggi

Kos penggunaan data telefon pintar AS lebih tinggi

PARIS, 15 Nov (AFP) – Segala-segalanya lebih besar di Amerika Syarikat, lebih-lebih kali apabila ia dikaitkan dengan penggunaan data dan telefon mudah alih, pengguna di Amerika Syarikat pasti membayarnya dengan kos yang lebih besar, sehingga kadang kala ia menjangkau 20 kali lebih banyak daripada pengguna di Eropah.

Jika anda tinggal di Perancis, anda boleh membayar kurang daripada 20 euro (AS$21.50) sebulan untuk pakej bulanan yang menampilkan 50 gigabait data, panggilan domestik dan antarabangsa yang tidak terhad kepada lebih 100 negara dan teks mesej tanpa had.

Di Amerika Syarikat, pengguna data dalam telefon pintar boleh menyebabkan kos anda mencapai AS$390 setiap bulan dari sebuah pengendali negara.

Walaupun perbandingan di atas mungkin terlalu tinggi, ia bersesuaian dengan laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa tahun lepas yang mendapati data AS mencapai sehingga 19.5 kali lebih mahal daripada di Eropah apabila ia dikaitkan dengan pembelian kuasa penggun.

Hasilnya adalah syarikat-syarikat Amerika Syarikat boleh menjadi perintis dengan perkhidmatan dalam talian video secara langsung seperti Netflix dan Hulu. Kos pengguna tersebut adalah tinggi bagi pengguna telefon pintar disebabkan ia telah menjadi platform popular bagi pengguna untuk memuat naik rancangan-rancangan TV terbaru.

Walau bagaimanapun semua itu akan berubah, sebagai pengendali AS yang lain baru-baru ini menurun kos panggilan dan pakej data dari AS$180 hingga AS$80 setiap bulan.

ARTIKEL YANG SAMA