Kos siasatan skandal Piala Dunia 3.5 juta euro

Kos siasatan skandal Piala Dunia 3.5 juta euro

BERLIN, 8 Mac (AFP) – Penyiasatan FA Jerman (DFB) terhadap skandal Piala Dunia 2006 akan meletakkan kos sekitar 3.5 juta euro (AS$3.83 juta), presiden sementara, Rainer Koch mendedahkan.

Oktober lalu, majalah Jerman Spiegel mendedahkan DFB menggunakan dana 6.7 juta euro pada 2000 untuk membeli undian ahli jawatankuasa eksekutif FIFA untuk mendapatkan hak menganjurkan perlawanan itu.

Dalam skandal itu, pakar undang-undang urusan DFB, Freshfield dengan penguaditan bidaan itu dan laporan rasmi Jumaat lalu ‘tindak menyatakan’ bidaan itu dibeli.

FIFA mengalu-alukan laporan itu, tetapi berkata ‘banyak persoalan masih perlu dijawab’ ketika mereka meneruskan siasatan sendiri. DFB belum menerima bil terakhir dari Freshfield, tetapi Koch menjangka jumlahnya mungkin 3.5 juta euro.

“Ia mungkin dalam sekitar jumlah itu, tetapi saya tidak tahu berapa tepat kerana akaun relevan belum diperoleh. Masih ada sebahagian besar yang hilang untuk tugasan Freshfield,” Koch memberitahu Sky Sport.

Koch juga memuji legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer kerana membantu siasatan. Beckenbauer, 70, seorang kapten untuk gelaran Piala Dunia 1974, jurulatih Jerman untuk Piala Dunia 1990 dan ketua jawatankuasa penganjuran bagi perlawanan akhir 2006.

Dia berulang kali menafikan undian dibeli dan juga menafikan bersalah terhadap salah laku. “Franz Beckenbauer banyak membantu untuk menjelaskan lebih banyak perkara itu dalam masa beberapa hari,” kata Koch.

Laporan Freshfield menggariskan kewangan yang membabitkan Beckenbauer, bekas ketua Adidas, Robert Louis-Dreyfus dan Qatar, di mana Mohammed bin Hammam sejak itu diharamkan dari bola sepak seumur hidup kerana rasuah.

ARTIKEL YANG SAMA