Kos stadium Olimpik Tokyo meningkat

Kos stadium Olimpik Tokyo meningkat

TOKYO, 4 Okt – Kerajaan Jepun meluluskan rancangan bagi pembinaan stadium utama bagi Olimpik Tokyo 2020 pada kos hampir AS$1.5 bilion.

Pembinaan stadium kebangsaan baru Tokyo itu dijadualkan akan bermula pada Disember depan, lebih dari setahun selepas rangka tindakan dikoyak atas arahan Perdana Menteri Shinzo Abe di tengah–tengah kemarahan umum terhadap kos yang meningkat, menurut pegawai.

Stadium Olimpik itu akan disiapkan pada akhir November 2019, kata Majlis Sukan Jepun-ketinggalan lima bulan dari yang dijadualkan, penangguhan sudah memaksa Piala Dunia Ragbi 2019 bertukar tempat bagi perlawanan akhir.

Tag harga AS$1.47 bilion bagi rekaan arkitek, Kengo Kuma hadir hanya di bawah AS$1.55 bagi kontraktor, yang diketuai oleh gergasi pembinaan, Taisei Corp.

Gambar fail 15 Januari 2016 menunjukkan arkitek Jepun Kengo Kuma (kiri) bercakap mengenai reka bentuk Stadium Sukan Olimpik Tokyo 2020. – AP
Gambar fail 15 Januari 2016 menunjukkan arkitek Jepun Kengo Kuma (kiri) bercakap mengenai reka bentuk Stadium Sukan Olimpik Tokyo 2020. – AP

Gabenor baru Tokyo, Yuriko Kioke, yang berhasrat untuk mengurangkan lebih jauh kos bagi Olimpik kedua Tokyo, berjanji untuk mengawasi perkembangan dengan persediaan bandar raya itu yang sudah dilanda dengan kontroversi.

“Kami berkongsi bebanan (kewangan), saya akan meningkatkan suara saya apabila perlu untuk memastikan stadium itu digunakan oleh penduduk Tokyo,” dia memberitahu wartawan selepas mesyuarat di pejabat perdana menteri. Pegawai Olimpik Jepun berang selepas beberapa kesilapan memalukan sejak menewaskan Madrid dan Istanbul dalam bidaan pada tiga tahun lalu.

Perdana Menteri Abe mengoyakkan rancangan awal bagi Stadium Olimpik, yang direka oleh arkitek British kelahiran Iraq Zaha Hadid, ketika kos meningkat sekitar AS$2 bilion.Penganjuran Tokyo kemudian terpaksa mengoyak logo sukan asal selepas dakwaan plagiarisme dari teater di Belgium. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA