Kos tinggi punca ibu bapa ‘tawar hati’

Kos tinggi punca ibu bapa ‘tawar hati’

CHINA – Sementara perubahan dalam dasar perancangan keluarga yang membolehkan pasangan-pasangan untuk mempunyai seorang lagi anak secara sah, kos yang begitu tinggi dikaitkan dengannya telah menyebabkan sesetengah pasangan yang tidak berkemampuan dari segi kewangan menjadi ‘tawar hati’.

Baru-baru ini seorang suami di Wilayah Henan telah memfailkan satu perceraian ke atas isterinya kerana si isteri telah menggunakan pil pencegah kehamilan tanpa pengetahuannya. Si isteri begitu yakin bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membesarkan seorang anak, menurut salah sebuah laman sesawang berita.

Pasangan itu dilaporkan mempunyai pendapatan bulanan secara keseluruhan sebanyak 3,000 yuan (AS$448).

Kes itu telah menjadi topik yang panas dalam media sosial, dengan menerima banyak komen-komen daripada pasangan-pasangan yang kecewa, mengadu mengenai beban berat membesarkan seorang anak, terutamanya di bandar-bandar besar.

Itu bukan kali pertama sepasang suami isteri memilih mahkamah untuk menyelesaikan perselisihan mereka mengenai sama ada mempunyai anak kedua. Dalam bulan Februari, sepasang suami isteri di Wilayah Zheijiang telah dilaporkan bercerai kerana si suami bertegas mahu mempunyai seorang anak lagi, tetapi si isteri menolak.

Kos yang tinggi adalah sebab utama ibu bapa keberatan untuk mempunyai anak kedua.
Kos yang tinggi adalah sebab utama ibu bapa keberatan untuk mempunyai anak kedua.
Satu laporan yang menunjukkan bahawa kos purata bagi membesarkan seorang anak sejaknya lahir hingga berusia 16 tahun di China adalah 490,000 yuan.
Satu laporan yang menunjukkan bahawa kos purata bagi membesarkan seorang anak sejaknya lahir hingga berusia 16 tahun di China adalah 490,000 yuan.

Sebuah laman sesawang telah menjalankan satu tinjaun awal tahun ini terhadap lebih daripada 128,000 orang responden. Ia telah menunjukkan bahawa 40 peratus orang yang layak tidak akan mempunyai anak kedua. Sebab utama adalah tekanan kewangan.

Pada tahun lepas, Akademi Sains Sosial China telah mengeluarkan satu laporan yang menunjukkan bahawa kos purata bagi membesarkan seorang anak sejaknya lahir hingga berusia 16 tahun di China adalah 490,000 yuan. Dalam tahun 2015, pendapatan yang boleh digunakan di negara itu adalah 21,966 yuan per kapita, menurut Kementerian Sumber-sumber Kemanusian dan Jaminan Sosial.

“Bil bagi pendidikan merupakan kos yang paling utama,” kata Lu Yan, 33, bapa kepada seorang anak lelaki berusia enam tahun di Beijing.

“Persaingan di bandar-bandar besar memaksa para ibu bapa untuk membayar wang yang lebih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah elit atau kelas-kelas selepas sekolah.”

Kualiti dalam membesarkan seseorang anak itu adalah jauh lebih penting berbanding keramaian anak, menurut seorang konsultan perkahwinan, Xiao Ling, di Shenzhen, Wilayah Guangdong.

ARTIKEL YANG SAMA