Koscielny: Ar...

Koscielny: Arsenal perlu tingkatkan permainan

SWANSEA, United Kingdom, 13 Jan – Masih lagi baru selepas menandatangani kontrak baru bersama Arsenal, kapten Laurent Koscielny meminta rakan sepasukannya untuk meningkatkan permainan mereka, bermula dengan persaingan Liga Perdana di Swansea pada Sabtu ini.

Koscileny, yang komited sehingga 2020 berkata ia adalah penting mereka mengembalikan rentak mereka setelah tercicir di tangga kelima, lapan mata di belakang pendahulu Chelsea.

“Kami membuat berkembang setiap tahun tetapi kami perlu memberi lebih banyak tekanan,” kata Koscielny, 31.

“Pasukan ini masih sama dan kami tidak mempunyai ramai pemain yang datang atau keluar dari kelab, jadi ia adalah penting untuk mengekalkan pemain terbaik kami di kelab itu.

‘Kami mahu memenanginya bersama, jadi kami akan melakukan segala yang mampu untuk berjaya.”

Koscielny, seperti rakan sepasukannya Olivier Giroud dan Francis Coquelin juga menandatangani kontrak baru minggu ini, berkata dia gembira untuk mempersetujui perjanjian baru.

“Saya merasa gembira untuk meneruskan pengembaraan saya bersama kelab ini. Ia sudah tujuh tahun dan saya mempunyai lebih banyak (harapan) bagi masa depan bersama pasukannya,” kata Koscielny, yang datang dari bola sepak Perancis bersama Lorient pada 2010.

“Apabila anda seorang pemain bola sepak, ia bukan hanya mengenai bola sepak, ia mengenai kehidupan anda. Arsenal adalah sebahagian besar daripada kehidupan saya.

Koscielny dan Giroud, yang juga komited sehingga tahun 2020, dilihat akan beraksi menentang pasukan kedua tercorot, Swansea tetapi Coquelin, yang menandatangani kontrak empat tahun, tidak akan beraksi kerana kecederaan hamstring. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA