Kosovo pertama ke kelayakan Piala Dunia

Kosovo pertama ke kelayakan Piala Dunia

PRISTINA, 4 Sept – Meskipun beberapa pemain masih ‘terawang-awang’, Kosovo perlu mencipta sejarah awal pagi Selasa ini apabila bermain perlawanan kompetitif pertama mereka pada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Finland.

Kosovo muncul anggota ke-210 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Mei lalu tetapi keghairahan mereka dihantui dengan persoalan siapa yang akan dibenarkan bermain bagi pasukan mereka.

Menurut peraturan FIFA, sesiapa yang bermain untuk pasukan kebangsaan lain tidak boleh menukar pasukan, jadi beberapa pemain berpotensi Kosovo perlu membuat permintaan khas – yang masih belum diputuskan.

“Mereka sebelum ini bermain bagi pasukan kebangsaan lain ketika Kosovo masih belum menjadi anggota FIFA … Kini mereka perlu diberi peluang seperti orang lain,” kata ketua Persatuan Bola Sepak Kosovo, Fadil Vokrri kepada AFP.

“FIFA sepatutnya membenarkan pengecualian hanya sekali bagi Kosovo.”

Jurucakap FIFA berkata banyak permohonan “kini masih lagi tergendala dan disiasat” tetapi dia tidak boleh menganggarkan bila proses keputusan akan dibuat.

Kosovo menerima deklarasi kemerdekaan daripada Belgrade pada 2008 dan masih belum diterima beberapa negara, termasuklah Serbia dan Russia. – AFP