Kota Hamburg antara coklat, kopi dan perdagangan

Kota Hamburg antara coklat, kopi dan perdagangan

HAMBURG – Setelah berabad-abad lamanya, bandar pelabuhan Hamburg merupakan sebuah kuasa besar dalam perdagangan maritim. Pada hari ini, bandar kedua terbesar di Jerman itu masih lagi menjadi pintu masuk utama bagi eksport dan import barangan eksotik. Namun bandar ini juga telah menjadi satu lokasi tarikan kepada pencinta-pencinta makanan, peminat seni dan individu-individu yang suka kepada hiburan dan bersiar-siar apatah lagi banyak infrastruktur bandar tersebut telah di naik tarafkan.

Tarikan terbaru itu antaranya ialah muzium coklat, sebuah kawasan gudang yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri malah apa yang menyeronokkan orang ramai boleh menaiki perahu dan menikmati keindahan bandar tersebut. Apa yang pasti, Hamburg memang sinonim dengan kawasan yang dekat dengan air termasuklah keadaan cuacanya yang sering dilanda hujan, oleh itu selalu sediakan payung jika berkunjung ke sini.

Pusat menggeletik selera

Jika anda seorang selalu mengembara dan ingin mencuba pelbagai lokasi baru, anda boleh bermula di sini. Jika anda berada di Harmburg, anda akan berpeluang untuk menyaksikan sendiri keunikan dan keindahan sebuah gudang yang mempunyai sejarahnya yang hebat. Gudang ini pernah menjadi pelabuhan bebas dan tersendiri dengan bangunannya yang megah dengan susunan batu bata yang merah dan gudang ini telah diletakkan sebagai status Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2015. Namun gudang ini bukanlah sebuah muzium namun ia masih digunakan untuk menyimpan barang-barang dari seluruh dunia dan jika berpeluang, anda akan berkesempatan untuk menyaksikan barang-barang dibawa ke gudang tersebut.

Hamburg juga terkenal sebagai sebuah lokasi tradisi untuk menghargai kopi. Para pengunjung khususnya para pelancong akan berpeluang untuk menikmati minuman yang baik di salah sebuah kedai kopi yang terkenal di bandar tersebut seperti Nord Coast Coffee Roastery. Selain itu, Hamburg juga terkenal sebagai sebuah lokasi kepada kepelbagaian coklat. Jika anda tidak tahu, Hamburg juga ada mempunyai sebuah muzium coklat yang terletak di kawasan Chocoversum. Muzium ini menerangkan sedikit sebanyak tentang asal usul coklat, apa yang membuatkan coklat menjadi lebih sedap malah anda berpeluang untuk membuat sendiri satu bar coklat.

Jika anda berada di Hamburg, anda akan berpeluang untuk menyaksikan sendiri keunikan dan keindahan sebuah gudang yang mempunyai sejarahnya yang hebat. – AP
Jika anda berada di Hamburg, anda akan berpeluang untuk menyaksikan sendiri keunikan dan keindahan sebuah gudang yang mempunyai sejarahnya yang hebat. – AP

Seharian berada di atas air

Jika para pengunjung seorang yang cepat letih, usah khuatir kerana, Hamburg juga turut menyediakan satu penerokaan melalui kawasan air mereka namun sebelum itu, para pelancong berpeluang untuk mendekati dengan lebih dekat keadaan maritim di Hamburg dengan mengunjungi Muzium Maritim Antarabangsa di kawasan Gudang bandar tersebut. Muzium ini mempamerkan pelbagai bentuk replika seperti kapal-kapal purba termasuk sebuah kapal layar Phoenicia dan perahu naga Viking serta peralatan-peralatan untuk membantu pelayaran mengemudi laut sebelum GPS dan telefon bimbit menguasai arus perkembangan teknologi.

Jika para pengunjung sudah bersedia untuk mengembara dan mengelilingi Hamburg, para pengunjung akan melalui Sungai Elbe dan di sini, para pengunjung akan berpeluang menyaksikan pelbagai keindahan kota Hamburg yang menakjubkan sementara kapal-kapal kargo datang dan pergi meletakkan hantaran mereka.

Hamburg sebelah malam

Reeperbahn merupakan sebuah kawasan yang terkenal di Hamburg sebagai sebuah lokasi yang terang menerang dengan pelbagai bentuk cahaya menarik. Lampu-lampu neon menerangi setiap jalan dan menonjolkan keindahan Hamburg ketika malam. Berhampiran dengan kawasan perhentian di Reeperbahn, terdapat sebuah kelab yang dikenali sebagai kelab Beatles. Kelab ini terkenal sebagai sebuah kelab di mana para pekerja menghabiskan masa mereka di sini untuk berehat dan menenangkan fikiran setelah bekerja seharian.

Bandar ini juga telah menjadi satu lokasi tarikan kepada pencinta makanan, peminat seni dan individu yang suka kepada hiburan dan bersiar-siar apatah lagi banyak infrastruktur bandar tersebut telah dinaik tarafkan. – AP
Bandar ini juga telah menjadi satu lokasi tarikan kepada pencinta makanan, peminat seni dan individu yang suka kepada hiburan dan bersiar-siar apatah lagi banyak infrastruktur bandar tersebut telah dinaik tarafkan. – AP

Manakala bagi para pelancong yang tidak suka mengembara dan lebih gemar melakukan perhimpunan dan makanan. Hamburg menawarkan pelbagai jenis makanan dengan harga yang sangat berpatutan dan kelab-kelab perhimpunan yang banyak dan menjanjikan satu keselesaan buat para pelancong yang gemar kepada aktiviti perhimpunan.

Di Hamburg, terdapat juga sebuah kubu pertahanan yang dikenali sebagai Kubu Nazi, Flakturm IV, kubu besar-besaran ini terletak di bawah tanah dan adalah sangat sukar untuk dimusnahkan ketika Peperangan Dunia ke-2 berlaku dan ia masih berdiri sehingga ke hari ini. Pada masa ini, ia menjadi rumah kepada syarikat-syarikat media dan kelab Uebel Und. Seterusnya, bagi pelancong yang suka dengan keindahan malam dan sentiasa ingin keluar malam, jangan lepaskan peluang mengunjungi Legenda Pasar Ikan, Altona di Hamburg. Perniagaan ikan ini dibuka bermula pada pukul 5 petang pada bulan April hingga Oktober namun pada musim sejuk, ia akan dibuka pada pukul 7 malam dan ditutup pada pukul 9.30 malam.

Seni Hamburg

Menyentuh mengenai seni di Hamburg, bandar ini terkenal dengan pusat seni yang terbesar di Eropah iaitu ‘The Deichtorhallen’. Pusat seni ini terletak di dalam dua bekas dewan pasaran yang dibina pada lewat seni gaya Nouveau dan pusat ini menjadi ‘Tuan Rumah’ kepada beberapa buah seni dan fotografi yang dipamerkan secara serentak.

Begitulah keindahan bandar Hamburg, ia terkenal dengan unsur-unsur seni bina yang menakjubkan, gudang-gudang yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri, muzium coklat yang menawarkan satu cita rasa yang menarik dan pusat perdagangan kepada barangan-barangan eksotik. – AP