Kota Junior adakan malam penghargaan

Kota Junior adakan malam penghargaan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Sebagai meraikan kejayaan muncul juara Liga Super Futsal Takaful Brunei 2016, sekali gus mempertahankan gelaran tahun lalu, Kota Junior telah mengadakan Malam Penghargaan Kota Junior 2016.

Hadir pada malam penuh kegembiraan itu ialah Pengasas dan Pengurus Kota Junior, Steven Yeo, ketua jurulatih, jurulatih, pegawai perubatan, kitman dan pemain kelab.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, bacaan Doa Kesyukuran dan ucapan daripada Steven Yeo. Kemuncak acara malam itu ialah penyampaian pingat emas dan pengagihan hadiah wang tunai $3,000 selaku juara.

Steven Yeo (duduk tengah) bersama para jurulatih, pegawai dan pemain Kota Junior semasa Malam Penghargaan Kota Junior selepas muncul juara Futsal Takaful Brunei.
Steven Yeo (duduk tengah) bersama para jurulatih, pegawai dan pemain Kota Junior semasa Malam Penghargaan Kota Junior selepas muncul juara Futsal Takaful Brunei.

Musim ini Kota Junior selesai tanpa sebarang kekalahan dengan sembilan kemenangan dan sekali seri untuk mengumpul 28 mata, selain berjaya membuat jaringan terbanyak iaitu 68 gol dan bolos terendah dengan hanya 14 gol.

Musim ini turut menyaksikan pemainnya Awang Faizul Jefry bin Haji Zaini telah diumumkan sebagai Penjaring Terbanyak kejohanan dengan 17 gol.

ARTIKEL YANG SAMA