Kota Junior juara Futsal Mz

Kota Junior juara Futsal Mz

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Kota Junior berjaya menewaskan Pasukan Terunjynga dalam Kejohanan Futsal Mz yang berlangsung di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas baru-baru ini.

Pada perlawanan tersebut, Pasukan Terunjynga tidak memberikan laluan mudah kepada pasukan lawan sehingga Kota Junior terpaksa menentukan kemenangannya melalui sepakan penalti yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Pasukan Kota Junior dengan jaringan 3-2.

Sementara itu, berada di tempat ketiga ialah Pasukan Autism yang berjaya menewaskan Pasukan Skill 99ft dengan jaringan 2-1.

Gambar ramai bersama pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.
Gambar ramai bersama pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.

Pada kejohanan tersebut, Shaheman bin Haji Sulaiman daripada pasukan Kota Junior tampil sebagai penjaga gawang terbaik dan pemain terbaik pula disandang oleh Mohd Asri bin Hakim dari pasukan yang sama.

Antara pasukan yang menyertai kejohanan itu ialah Happy Futsal FT, JR GG, BH ft, Giovani B, Fun Futsal Fc, MakJemah, GG FT, Giovani A, Gentar Fc, MS U20, Giovani, Ps Ft, UZ Ft dan S5R.

ARTIKEL YANG SAMA