Kota Junior juara Futsal MZ 2015

Kota Junior juara Futsal MZ 2015

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Kejohanan Futsal MZ 2015 menyaksikan 32 buah pasukan berentap merebut kejuaraan yang akhirnya hanya tinggal dua pasukan bersaing di perlawanan akhir, Buriram FT dan Kota Junior.

Kesudahannya perlawanan akhir kejohanan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu memihak Kota Junior yang berjaya menundukkan Buriram FT dengan jaringan 2-0.

Dua pasukan yang tersekat pada peringkat separuh akhir pula diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga bersama iaitu Hi Tune SC ‘A’ yang tewas 1-2 kepada Buriram FT, dan Tim Udang yang seri tanpa jaringan dengan Kota Junior sebelum dikecewakan 1-2 menerusi sepakan penalti penentuan.

Selaku juara, Kota Junior menerima hadiah wang tunai $400 dan piala iringan sementara Buriram FT sebagai naib juara mendapat hadiah wang tunai $200 dan piala iringan.

Juara Kejohanan Futsal MZ 2015.. Kota Junior.
Juara Kejohanan Futsal MZ 2015.. Kota Junior.

Tim Udang dan Hi Tune SC ‘A’ tidak pulang tangan kosong apabila masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai $100 dan piala iringan.

Kejohanan sehari suntuk yang berakhir malam tadi berkenaan menyaksikan 32 buah pasukan yang menyertainya telah dibahagikan kepada lapan buah kumpulan yang mengandungi empat buah pasukan sekumpulan.

Hanya dua buah pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan kedua kejohanan.