Kota Junior juara futsal MZ

Kota Junior juara futsal MZ

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Sebanyak 20 pasukan berentap di dalam Kejohanan Futsal MZ yang berlangsung di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya di Berakas yang antaranya menawarkan hadiah berupa wang tunai dan piala.

Tampil juara dalam kejohanan berkenaan ialah Pasukan Kota Junior yang menewaskan Pasukan PES dengan jaringan 1-2 sementara berada di tempat ketiga ialah Pasukan NMS FT dan keempat pula disandang Pasukan Eagle Blue FT.

Antara pasukan yang menyertai kejohanan itu adalah PSB FT, plustar, Eagle Blue FT, Brunei 88, Fun 5ive FT, As Syakuur, CC utd, kickers, Ges hu ft, Redbutterfly FC, Sayur FT, Kota Junior, U- ball, An Naseem, Ok FT, Bmi all star, Qahar FT, SUPERNOVA FRENZ, NMS FT dan PES.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah penganjur kejohanan, Mohd Mardi Mirza Abdullah.

Gambar ramai finalis dalam kejohanan itu.
Gambar ramai finalis dalam kejohanan itu.

 

ARTIKEL YANG SAMA