Kota Junior tandatangani 18 pemain

Kota Junior tandatangani 18 pemain

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Juara Liga Futsal Brunei (BFL) 2015, Kota Junior kini sudah menandatangani 18 orang pemain termasuk dua orang pemain baru dalam usahanya memantapkan pasukan ke arah mempertahankan kejuaraan pada musim depan.

Majlis Penandatanganan Kontrak Pemain untuk tempoh tiga tahun itu telah berlangsung di Hotel Badi’ah, disaksikan sendiri oleh Pengasas dan Pemilik Kota Junior, Awang Steven Yeo. Daripada 18 orang pemain yang sudah menandatangani kontrak tiga tahun masing-masing berkenaan, 6 orang daripadanya adalah terdiri daripada pemain yang berusia bawah 21 tahun (B21).

Hadir sama menyaksikan majlis penandatanganan berkenaan ialah Penolong Pengurus Pasukan, Awang Mohd Said Sura dan Ketua Jurulatih, Awang Rozailani bin Haji Abdul Latiff.

BFL2016 akan menyaksikan dua peringkat liga dipertandingkan oleh NFABD iaitu Liga Super BFL2016 dan Liga Perdana BFL2016 yang kedua-duanya masing-masing mengandungi 10 buah pasukan terpilih.

Pihak pengurusan (kuning) dan pemain (hitam) Kota Junior untuk Liga Super BFL2016 nanti.
Pihak pengurusan (kuning) dan pemain (hitam) Kota Junior untuk Liga Super BFL2016 nanti.

ARTIKEL YANG SAMA