Kotak sumbangan SMARTER Brunei dilancar

Kotak sumbangan SMARTER Brunei dilancar

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Dalam usahanya untuk meningkatkan dana, SMARTER Brunei dan pihak pengurusan Citis Square bekerjasama menyediakan kotak derma kewangan dan kotak sumbangan barangan terpakai di kompleks membeli-belah itu.

Bagi kotak sumbangan, SMARTER berharap mendapat sumbangan daripada orang ramai dalam bentuk barangan terpakai bagi jualan garaj mereka pada 5 hingga 6 November kelak.

Menurut Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman, kedua-dua kotak sumbangan ini akan dikekalkan di sana selama tiga bulan bagi mendapatkan sumbangan untuk menjalankan operasi harian Pusat SMARTER.

Dato’ Victor Lai (kiri), Pengiran Haji Salleh (tengah), individu pertama menyumbangkan sumbangan wang tunai kepada SMARTER Brunei.
Dato’ Victor Lai (kiri), Pengiran Haji Salleh (tengah), individu pertama menyumbangkan sumbangan wang tunai kepada SMARTER Brunei.

“Tahun ini agak lembap bagi kami dalam kutipan dana, namun kami masih beroperasi walaupun kualiti perkhidmatan dan petugas terpaksa dikurangkan. Kami berharap individu dan syarikat-syarikat akan menyumbangkan derma kepada organisasi kami untuk operasi harian agar pada tahun 2017, kami boleh beroperasi seperti biasa,” katanya ketika ditemu bual.

Manakala wakil pengurusan Citis Square, Dato’ Victor Lai berkata, pihak pengurusan membantu organisasi itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya.

ARTIKEL YANG SAMA