Kotor: 2 premis perniagaan dikompaun

Kotor: 2 premis perniagaan dikompaun

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis – Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara telah mengeluarkan denda kompaun ke atas dua premis perniagaan dalam pemeriksaan mengejut ke atas premis-premis perniagaan yang beroperasi di kawasan Kampung Sengkurong dan Kampung Mulaut.

Kedua-dua premis itu didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Penggal 30) Bab 12. (1) c & a, iaitu membuang sisa bahan cecair yang belum diproses dan membuang sampah di tempat kawasan awam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan berkenaan di sini, pemilik premis terbabit telah diberikan tempoh satu minggu untuk membayar denda dan diarahkan untuk membersihkan sisa dan sampah tersebut. Jika gagal melaksanakannya, tindakan undang-undang akan diambil.

Sehubungan itu, pihak Jabatan Daerah Brunei dan Muara mengingatkan kepada semua pemilik-pemilik premis perniagaan khususnya kedai runcit, bengkel, pasar raya, gerai, kedai makan dan minum serta kepada semua orang awam agar sentiasa menjaga kebersihan di persekitaran perniagaan mereka dan di tempat-tempat awam bagi membantu mengekalkan kesejahteraan alam sekitar, masyarakat awam dan membanteras penyebaran penyakit-penyakit berjangkit daripada merebak yang berpunca dari bahan-bahan kotoran khususnya sampah.

Jika mana-mana pihak didapati melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Penggal 30), Jabatan Daerah Brunei dan Muara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan sewajarnya mengikut kesalahan yang dilakukan.

Antara kesalahan membuang sisa dan sampah di tempat awam dalam pemeriksaan mengejut tersebut.
Antara kesalahan membuang sisa dan sampah di tempat awam dalam pemeriksaan mengejut tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA