Kozak: Jerman pasukan yang lebih baik

Kozak: Jerman pasukan yang lebih baik

LILLE, 27 Jun (AFP) – Jurulatih Slovakia, Jan Kozak tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya selepas tewas 0-3 kepada Jerman, sekali gus tersingkir daripada saingan Euro 2016.

Kozak melakukan empat pertukaran dalam pasukannya selepas seri tanpa jaringan dengan England, Isnin lalu yang menyaksikan mereka layak ke peringkat kalah mati.

Bagaimanapun, mereka berdepan tugas sukar menentang juara dunia Jerman selain pemain harapan Marek Hamsik hanya memberi impak kecil kepada pasukannya.

“Saya fikir beberapa pemain kami tidak beraksi dengan baik dan apabila dua atau tiga pemain kurang memberi tumpuan terhadap permainan, tidak mengikut arahan, sukar untuk mendapatkan apa-apa daripada perlawanan ini.

Slovakia yang tersingkir pada saingan 16 terakhir Euro 2016. - AFP
Slovakia yang tersingkir pada saingan 16 terakhir Euro 2016. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Jerman mungkin bermula perlahan di peringkat kumpulan tetapi mereka adalah pasukan pilihan kejohanan dan mereka tahu bila perlu bermain dengan baik. Ia persembahan terbaik daripada mereka,” katanya. Slovakia dikejutkan dengan jaringan awal Jerome Boateng pada minit kelapan sebelum Mario Gomez dan Julian Draxler mengesahkan kemenangan bergaya Jerman dengan gol pada minit ke-43 dan ke-63.

Mengulas mengenai jaringan awal, Kozak berkata: “Kami memberikan Jerman ruang yang terlalu banyak. Mereka sangat kuat dan kadang-kadang ia sukar untuk bermain dengan lawan seperti itu.”