KPJ peruntuk RM1.3 bilion bina 8 hospital

KPJ peruntuk RM1.3 bilion bina 8 hospital

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) – Penyedia penjagaan kesihatan KPJ Healthcare Bhd akan memperuntukkan RM1.294 bilion untuk membina lapan hospital di beberapa bandar dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kata Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Amiruddin Abdul Satar.

Hospital-hospital baharu itu termasuklah Hospital Pakar Bandar Dato’ Onn di Johor Baharu, Hospital Pakar KPJ Klang Bayuemas, Hospital Pakar Melaka dan Hospital Pakar Port Dickson yang dijangka dibuka pada 2018 dan 2019.

Cadangan pembinaan hospital itu akan menambah 1,210 lagi katil kepada Kumpulan, menjadikan jumlah kesemuanya 4,110 daripada 2,900 pada 2015, katanya pada taklimat media, di sini, hari ini.

KPJ Healthcare akan membuka dua lagi hospital baharu tahun ini, setiap satu di Pahang dan Perlis yang menelan kos RM182 juta.

“Hospital di Pahang dijangka dibuka pada suku kedua tahun ini manakala sebuah lagi di Perlis pada suku ketiga,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA