KPMSI lawat UNISSA

KPMSI lawat UNISSA

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) baru-baru ini menerima rombongan lawatan dari Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (KPMSI), Peran yang diketuai Presiden Fakulti Perniagaannya, Awang Muhammad Wafiy Hazim bin Abdul Rahim.

Rombongan terdiri daripada enam pensyarah dan 104 mahasiswa itu dialu-alukan ketibaan mereka oleh Dekan Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan (FPSP), Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani dan Pemangku Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dayang Nurhafizatulhikmah binti Haji Serbini.

Rombongan diberikan taklimat mengenai UNISSA oleh Pensyarah Kanan FPSP, Dr Hajah Rose binti Abdullah, diikuti taklimat balas KPMSI disampaikan oleh Pengarah Kolej Profesional KPMSI, Dayang Halimahtun Saadiah binti Mohd Taib.

Ia diteruskan dengan sesi soal jawab dan dialog antara kedua-dua belah pihak dan penyampaian cenderahati. Rombongan kemudiannya dibawa melawat sekitar kampus.

Dalam lawatan itu juga, rombongan mengadakan aktiviti sukan bersama Exco Sukan dan Logistik Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA yang merangkumi permainan Hula Hoop, Zero To Hero, permainan tradisional Brunei, perlawanan persahabatan futsal dan bola jaring.

Gambar ramai rombongan KPMSIdan warga UNISSA.
Gambar ramai rombongan KPMSIdan warga UNISSA.

Semasa berada di negara ini, rombongan juga mengadakan lawatan ke Kampong Ayer dan merasai sendiri pengalaman bersama komuniti di sana. Mereka juga mempelajari perbezaan budaya yang dapat dilihat di Brunei dengan menetap di Kampong Ayer melalui program keluarga angkat di sana.

Di samping itu juga, pihak KPMI dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara dua buah institusi yang berbeza latar belakang dan budaya.

ARTIKEL YANG SAMA