KPPMS pilih Lembaga Pengarah yang baru

KPPMS pilih Lembaga Pengarah yang baru

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 10 Ogos – Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Seria (KPPMS) hari ini telah mengadakan mesyuarat agungnya bagi melantik ahli-ahli lembaga pengarah baru bagi tahun 2015-2016 bagi menggantikan ahli-ahli lembaga pengarah lama sesi 2014-2015 yang diadakan di Dewan Persidangan Hotel Koperasi Seria.

Mesyuarat itu dihadiri oleh 50 ahli saham KPPMS dari seluruh daerah yang dipengerusikan oleh Haji Ahmad bin Haji Hassan.

Dalam ucapan beliau sebelum memulakan sesi mesyuarat agung tersebut, Haji Ahmad menyentuh mengenai perkembangan Hotel Koperasi pada masa ini, meluluskan peruntukan kewangan ke dalam beberapa projek kemajuan, membincangkan beberapa isu dalaman serta mengetengahkan isu penghantaran kakitangan KPPMS untuk kursus-kursus yang dianjurkan oleh Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA) pada masa akan datang.

Antara agenda-agenda lain yang diketengahkan dalam mesyuarat itu juga adalah cadangan bagi meluluskan perancangan bajet bagi tahun 2015-2016, pembentangan laporan setiausaha dan bendahari KPPMS serta cadangan pembahagian keuntungan dan meluluskan pembahagian keuntungan tahun 2014.

Haji Ahmad (dua dari kiri) ketika mengendalikan mesyuarat tersebut.
Haji Ahmad (dua dari kiri) ketika mengendalikan mesyuarat tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA