KPSSU, polis ingati Israk Mikraj

KPSSU, polis ingati Israk Mikraj

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama (KPSSU), hari ini, mengadakan majlis memperingati Israk Mikraj yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan di Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Turut hadir ialah setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di KPSSU, ketua-ketua jabatan, bahagian dan pusat, serta pegawai dan kakitangan KPSSU.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum diteruskan dengan ceramah khas mengenai pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Drs Haji Ismuhadi Haji Abdullah.

Sementara itu, majlis seumpamanya turut diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong yang dihadiri oleh Pemangku Pesuruhjaya Polis, DCP Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam serta para pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei. Ceramah agama disampaikan oleh Dr Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi, selepas solat sunat Hajat berjemaah.

Yang Berhormat Pehin Haji Yahya (audien, tengah) ketika menghadiri majlis Israk Mikraj KPSSU.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya (audien, tengah) ketika menghadiri majlis Israk Mikraj KPSSU.
Anggota polis yang turut menghadiri ceramah agama sempena Israk Mikraj di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, kelmarin.
Anggota polis yang turut menghadiri ceramah agama sempena Israk Mikraj di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA