Kraf tangan Malaysia cipta sejarah

Kraf tangan Malaysia cipta sejarah

MELAKA, 4 Ogos (Bernama) – Pusat Latihan Kraftangan Epal mencipta nama dalam Buku Rekod Dunia Guinness dan Buku Rekod Malaysia apabila berjaya menghasilkan sebuah beg jenis ‘holdall’ terbesar di dunia menggunakan 2,984 helai kemeja terpakai.

Pengarah Urusannya Fully Chye Goet Lee berkata pengiktirafan bagi beg bersaiz 7.62 meter panjang dan 5.44 meter tinggi itu diperolehi syarikat tersebut pada 29 Mei lepas daripada dua badan pentadbir rekod berkenaan.

“Beg ini mengambil masa selama enam bulan untuk dihasilkan melibatkan 1,492 peserta dari pusat latihan kita dibantu anggota agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, ia juga boleh memuatkan dua buah kereta Perodua Myvi di dalamnya.

ARTIKEL YANG SAMA