Kredibiliti AS terancam

Kredibiliti AS terancam

WASHINGTON, 2 Ogos – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berkata kredibiliti Amerika Syarikat kini terancam akibat perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Lee berkata, bagi rakan dan sekutu Amerika di Asia-Pasifik, pengesahan TPP adalah ‘ujian kepada kredibiliti negara tersebut.’

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Dewan Perdagangan Amerika menjelang pertemuan dengan Presiden Barack Obama di Rumah Putih.

Lee berkata, Amerika lebih baik dengan konsep ‘pintu terbuka’ kepada perdagangan.

Lee Hsien  ketika bercakap di AS Chamber of Commerce semasa satu majlis dan perbincangan di Washington semalam. Antara topik perbincangan Lee semasa perjumpaan tersebut ialah mengenai Trans Pasifik (TPP). – AP

TPP dirundingkan oleh pentadbiran Obama tetapi ditentang kedua-dua calon presiden Demokrat dan Republikan.

Singapura memeterai perjanjian 12 negara itu yang dimuktamadkan Februari lalu.

TPP akan memansuhkan halangan perdagangan dan tarif tetapi pengkritik berkata ia menjejaskan pekerja Amerika dengan memperkenalkan persaingan gaji lebih rendah. – AP

ARTIKEL YANG SAMA