Kremlin – Putin akan kunjungi Itali

Kremlin – Putin akan kunjungi Itali

MOSCOW, 1 Jun (AFP) – Presiden Rusia, Vladimir Putin akan mengunjungi Milan untuk menghadiri mesyuarat bersama para pegawai Itali, menurut Kremlin hari ini, ketika ketegangan ke atas Ukraine masih berterusan mengganggu hubungan antara Moscow dan EU.

Putin akan mengunjungi petak Rusia di pameran EXPO di bandar utara Itali dan mengadakan rundingan dengan kepimpinan Itali.

“Presiden Putin bersiap sedia untuk mengunjungi Itali,” menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, lapor agensi berita Rusia.

“Mesyuarat bersama rakan sejawatan Itali juga akan diadakan,” kata Peskov tanpa memberi butiran mengenai tarikh lawatan tersebut.

Pengumuman mengenai lawatan Putin ke Itali muncul ketika EU dan Moscow terlibat dalam pertikaian diplomatik berhubungan Rusia yang menyenaraihitamkan 89 warga Eropah daripada memasuki negara itu.

Penyenaraian Rusia itu adalah tindak balas bagi sekatan EU ke atas Moscow berhubung pendudukan Crimea oleh Ukraine dan dipercayai memarakkan konflik pemisah dalam jiran bekas Soviet.

ARTIKEL YANG SAMA