Kren hempap kereta

Kren hempap kereta

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 4 Jan – Polis masih menyiasat kejadian kemalangan yang mengakibatkan sebuah kereta dihempap kren Kobelco yang tumbang kira-kira pukul 4 petang kelmarin di kawasan Kampung Baru G25 di sini.

Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana tiada siapa pun berada dalam kereta malang itu ketika kejadian berlaku.

Menurut polis, mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kelmarin dan mengejarkan beberapa orang anggota polis untuk membuat siasatan.

Sebuah kereta dihempap kren Kobelco, dalam kejadian yang berlaku di Seria petang kelmarin.
Sebuah kereta dihempap kren Kobelco, dalam kejadian yang berlaku di Seria petang kelmarin.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan hari ini, seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta pacuan empat roda dikejarkan ke hospital di sini, akibat cedera di kaki dan tengkuk setelah terlibat kemalangan dengan sebuah lori sampah.

Menurut saksi, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8:30 pagi membabitkan sebuah kereta pacuan empat roda yang dikatakan sedang dalam perjalanan dari Lumut menuju ke Sungai Liang.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kemalangan itu.

ARTIKEL YANG SAMA