Krisis diplomatik Qatar dibincang

KUWAIT CITY, 5 Dis – Kuwait bersiap sedia semalam mengadakan perbincangan mustahak bagi Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang terdiri daripada enam buah negara yang mana sebahagian ahlinya itu masih memboikot negara ahli iaitu Qatar, satu pertikaian diplomatik yang telah menghuru-harakan Semenanjung Arab itu.

Pertemuan yang mengejutkan itu, menambahkan kritikan tajam dalam kalangan ahli-ahli biasa Majlis Kerjasama Teluk mengenai Doha.

Namun, ia tidak memadai untuk menyelamatkan majlis itu, sekumpulan negara-negara Teluk Arab yang bersekutu dengan Amerika pada tahun 1981 bagi mengimbangi kuasa Syiah Iran.

Amerika Syarikat dan para sekutunya dari Eropah telah memberitahu ahli-ahli GCC agar tetap mengukuhkan kerjasama secara keseluruhan, sementara negara-negara itu sendiri masih dalam perpecahan bagi menentukan hala tuju mereka.

“Ini merupakan sidang tahunan yang paling penting diadakan oleh GCC selama lebih dari dua dekad,” kata Kristian Coates Ulrichsen, seorang penyelidik di Institut Dasar Publik James A. Baker III di Rice University.

“GCC perlu menggambarkan perkaitannya setelah melalui setiap peringkat dalam krisis Qatar.”

Pertikaian itu bermula pada Jun, berikutan apa yang digambarkan oleh Qatar sebagai kecaman ke atas agensi berita negara yang menyaksikan komen mengapi-apikan ke atas penguasanya, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Tidak lama selepas itu, anggota GCC Bahrain, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu menutup ruang udara dan pelabuhan ke Qatar, serta satu-satunya sempadan di semenanjung kecil yang menghubungkan Arab Saudi. – AP