Krisis ikan paus terdampar NZ berakhir

FAREWELL SPIT, New Zealand, 12 Feb – Penyelamat ikan paus hari ini agak optimistik bahawa krisis paus terdampar besar-besaran di pantai New Zealand sudah berakhir, selepas beratus-ratus kawanan mamalia itu mati selepas terkandas di pantai.

Krisis tu bermula awal Jumaat lalu apabila sejumlah 416 ikan paus ditemui terkandas di sepanjang 26km Farewell Spit, dengan beratus-ratus lagi terdampar pada hujung minggu.

Tanjung yang cetek dan sempit itu dipercayai mengganggu sistem pengemudian ikan paus dan merupakan satu tempat yang sering menyaksikan ia terkandas besar-besaran.

Ketika air surut berlaku awal malam ini, sekitar 300 paus pilot mula keluar dari Teluk Golden di timur laut pulau Selatan dan berenang ke arah air dalam yang lebih selamat di Selat Cook.

Nelayan melihat paus pilot yang mati ketika terkandas besar-besaran di Farewell Spit. Kebanyakan lebih daripada 200 ikan paus yang terkandas di Farewell Spit hari ini berjaya diapungkan dan berenang ke lautan dalam, menurut pegawai pemuliharaan. - AFP
Nelayan melihat paus pilot yang mati ketika terkandas besar-besaran di Farewell Spit. Kebanyakan lebih daripada 200 ikan paus yang terkandas di Farewell Spit hari ini berjaya diapungkan dan berenang ke lautan dalam, menurut pegawai pemuliharaan. – AFP

Ia berita baik. Kawanan itu berenang keluar dengan baik,” Pengurus Pemuliharaan Kawasan Jabatan Pemuliharaan, Andrew Lamason memberitahu AFP.

Berita itu merupakan satu kelegaan bagi beratus-ratus sukarelawan yang keletihan, menghabiskan masa tiga hari membuatkan hidupan laut terkandas itu lebih tenang dan membuatkan ia sejuk semasa menunggu untuk mengapungkannya dalam air pasang. – AFP