Krisis penghijrah memuncak

Krisis penghijrah memuncak

BUDAPEST, 1 Sept (AFP) – Polis Hungary mengosongkan stesen kereta api antarabangsa utama Budapest hari ini ketika beratus-ratus penghijrah cuba untuk menaiki kereta api itu untuk menuju ke barat Eropah, ketika benua berkenaan bergelut dengan perpindahan terbesar orang ramai sejak Perang Dunia Kedua.

Ketegangan memuncak ketika beratus-ratus anggota polis, yang dilengkapi dengan alat rusuhan, mula mengarahkan orang ramai keluar daripada stesen Keleti.

Menurut IOM, lebih 234,770 penghijrah telah tiba di Greece tahun ini, dengan lebih 219,000 lagi pada 2014 daripada jumlah keseluruhan di Eropah.

Sekurang-kurangnya 2,600 meninggal dunia dalam perjalanan berbahaya, mati lemas atau lemas dalam bot yang tidak layak untuk berlayar, tambahnya.

Lebih 114,276 berjaya tiba di Itali, dengan lebih daripada yang lain tiba terpisah antara Sepanyol dan pulau Malta.

Para penghijrah mempamerkan tiket kereta api dan mengangkat kanak-kanak di luar stesen kereta api Eastern Railyway utama di Budapest, Hungary, kelmarin. – Reuters
Para penghijrah mempamerkan tiket kereta api dan mengangkat kanak-kanak di luar stesen kereta api Eastern Railyway utama di Budapest, Hungary, kelmarin. – Reuters

Walaupun tidak ada pertempuran antara penghijrah dan polis di Budapest, beberapa ratus pelarian memgadakan bantahan marah di luar stesen, menurut koresponden AFP.

“Jerman! Jerman! Kami ingin pergi!” laung khalayak ramai, dengan beberapa daripadanya mengangkat anak mereka ke udara.

Stesen itu kemudian dibuka semula namun bukan untuk penghijrah.

Langkah itu muncul hanya kira-kira 24 jam selepas prosedur kawalan sempadan EU terlibat dalam huru-hara apabila polis membenarkan orang ramai yang tersekat beberapa hari dalam kem pelarian buatan sendiri untuk meninggalkan bandar Hungary dalam kereta api yang menuju ke Jerman dan Austria, meskipun kebanyakannya tidak memiliki visa EU.

Keputusan itu membawa kepada bilangan penghijrah tertinggi yang memasuki Austria dalam masa sehari tahun ini, polis mengesahkan, dengan 3,650 tiba di Vienna menggunakan kereta api, kelmarin.

Ramai penghijrah yang tidur di stesen Westbahnhof Vienna, berharap untuk meneruskan perjalanan mereka ke Jerman, yang pada minggu lepas melonggarkan pengehadan pencari perlindungan bagi pelarian Syria.

Polis Jerman mengatakan seramai 2,200 pencari perlindungan telah tiba di Bavaria pagi hari ini, yang mana kebanyakannya berjaya bertukar kereta api di Vienna. Menteri Dalam Negeri selatan Jerman, Joachim Hermman, berkata mereka tidak akan dikembalikan ke Hungary.

ARTIKEL YANG SAMA