Krisis Syria: Obama beri amaran kepada Putin

Krisis Syria: Obama beri amaran kepada Putin

WASHINGTON/MOSCOW, 4 Okt (Reuters) – Presiden AS Barack Obama memberi amaran kepada Rusia semalam bahawa kempen pengebomannya ke atas pemberontak Syria akan mengheretnya ke kancah ‘kontroversi’ selepas serbuan udara hari ketiga berturut-turut dalam sokongannya kepada Presiden Bashar al-Assad.

Pada sidang media Rumah Putih, Obama sering kali menyerang Presiden Rusia Vladimir Putin yang dituduhnya bertindak luar daripada kedudukan lemah untuk mempertahankan sekutunya yang autoritarian dan semakin hancur.

Sembahyang Jumaat dibatalkan dalam kawasan ditawan pemberontak wilayah Homs, Syria yang diserang oleh pesawat perang Rusia minggu ini, dengan penduduk bimbang masjid-masjid boleh jadi sasaran, menurut seorang penduduk dari kawasan itu.

Keputusan Putin untuk melancarkan serangan ke atas Syria menandakan satu peningkatan dramatik penglibatan asing dalam lebih daripada empat tahun perang saudara yang mana setiap negara utama di rantau itu mempunyai kepentingan.

Ia juga menyemarakkan kritikan domestik terhadap Obama yang mengatakan keengganannya untuk bertindak ke atas Syria membolehkan Moscow untuk menunjukkan kekuatan terbesarnya di Timur Tengah dalam masa beberapa dekad.

Namun presiden AS memberi amaran bahawa Rusia dan Iran, penyokong utama Bashar di negara Islam, sudah mengasingkan majoriti rakyat Syria dan membangkitkan kemarahan jiran-jiran Sunni Islam mereka.

“Satu cubaan oleh Rusia dan Iran untuk menyokong Bashar dan cuba memujuk orang awam hanyalah akan mengheret mereka ke dalam kancah kontroversi dan ia tidak akan berhasil,” kata Obama.

Kempen Syria merupakan yang pertama Moscow menghantar pasukan tentera dalam medan gempur bekas Kesatuan Soviet semenjak kempen membinasakan USSR ke atas Afghanistan dalam 1980an, satu langkah berani oleh Putin untuk meluaskan pengaruhnya melangkaui negara-negara jirannya.