Krisis Venezuela-Colombia makin runcing

Krisis Venezuela-Colombia makin runcing

BOGOTA, 28 Ogos – Venezuela dan Colombia masing-masing memanggil pulang duta mereka semalam, di tengah-tengah krisis diplomatik yang tercetus apabila Venezuela menutup dua lintasan sempadan dan menghantar pulang beribu-ribu warga Colombia.

Presiden Venezuela Nicolas Maduro menutup lintasan pada minggu lalu selepas satu kejadian tembak-menembak di antara penyeludup dan tentera mencederakan tiga tentera.

Beliau melanjutkan penutupan bagi tempoh masa yang tidak pasti dan telah menyifatkan penghantaran pulang sebagai satu tindakan keras ke atas geng separa tentera.

“Saya memilih dialog dan diplomasi dan saya akan terus berbuat demikian, tetapi saya tidak boleh membenarkan Venezuela melayan Colombia dan warga Colombia dengan cara ini,” kata Santos di Bogota.

“Keluarga berkenaan bukan separa tentera, mereka adalah keluarga yang hina,” kata Santos. “Dan mereka disingkirkan, sebagaimana mereka katakan kepada saya, seperti anjing.”

Anggota polis Colombia berkawal di depan sempadan bersama-sama anggota polis Venezuela di Bolivarianos berhampiran kampung Villa del Rosario pada 27 Ogos 2015. – Reuters
Anggota polis Colombia berkawal di depan sempadan bersama-sama anggota polis Venezuela di Bolivarianos berhampiran kampung Villa del Rosario pada 27 Ogos 2015. – Reuters

Sejurus selepas pengumuman Santos memanggil pulang duta Colombia, Menteri Luar Nevezuela Delcy Rodriguez berkata di Twiter bahawa Maduro telah mengarah kepulangan duta Venezuela ke Bogota.

Hampir 1,100 penduduk Colombia yang menetap di Venezuela telah dihantar pulang sejak penutupan sempadan, dan Santos berkata di antara 5,000 dan 6,000 orang telah melarikan diri secara suka rela.

Ramai di antara mereka yang dihantar pulang berkata rumah mereka telah dimusnahkan. Beratus lagi telah mengharungi sungai di sempadan membawa peti sejuk, haiwan dan tilam.

Kerajaan Colombia berkata menteri luar Venezuela telah bersetuju untuk membenarkan van bergerak menyeberangi sempadan semalam untuk memindah barang kepunyaan warga Colombia yang melarikan diri, tetapi trak tidak dibenarkan masuk.

Maduro berkata penghantaran adalah sebahagian daripada tindakan keras ke atas separa tentera Colombia yang menyeludup barangan harga tetap dan aliran dadah di sempadan sepanjang 2,219 km.

Bercakap awal semalam, pemimpin Venezuela itu berkata beliau berharap kerajaan Colombia akan “memperoleh semula kewarasannya” dan melakukan lebih banyak untuk melindungi sempadan. “Sehingga ia berlaku, saya tidak akan membuka sempadan,” kata beliau pada satu rapat. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA