Kristoff dahului Jelajah Flanders

Kristoff dahului Jelajah Flanders

BRUSSELS, 30 Mac (AFP) – Alexander Kristoff membuktikan dia telah memperoleh semula ketangkasannya sebelum mempertahankan kejuaraan Jelajah Flanders ketika dia memenangi peringkat pertama Three Days of De Panne semalam.

Pelumba basikal Norway itu menyingkirkan pasangan pasukan Astana Alexei Lutsenko dan Lieuwe Westra pada akhir peringkat 198km dari De Panne ke Zottegem.

Kristoff juga memenangi perlumbaan itu pada tahun lalu sebelum memenangi kejuaraan Jelajah Flanders tiga hari kemudian.

Ia adalah satu kepulangan kepada kecemerlangan prestasi untuk pelumba berusia 28 tahun yang nampaknya tidak sihat pada minggu lalu di E3 Harelbeke dan seterusnya Gent-Wevelgem, dua perlumbaan klasik pertama pada musim ini.

Aksi Kristoff selepas berjaya memenangi peringkat pertama Three Days of De Panne dalam Jelajah Flanders. – AFP
Aksi Kristoff selepas berjaya memenangi peringkat pertama Three Days of De Panne dalam Jelajah Flanders. – AFP

Dia telah mengadu ‘tidak berupaya beraski’ di E3 dan jatuh sakit dua hari kemudian pada perlumbaan Gent-Wevelgem pada Ahad.

“Saya berasa tidak sihat, dan saya fikir saya memerlukan hari ini,” kata Kristoff.

“Saya berharap saya akan berupaya beraksi dengan lebih baik esok. Saya menderita sepanjang hari ini. Pada akhirnya saya berjaya menang tetapi saya benar-benar bergelut.”