Kritik lese majeste, duta AS kena siasat

Kritik lese majeste, duta AS kena siasat

BANGKOK, 9 Dis – Duta Amerika Syarikat ke Thailand kini sedang disiasat kerana memfitnah raja berhubung komen yang dibuatnya mengkritik hukuman penjara yang terlalu panjang jika sabit di bawah undang-undang lese majeste, menurut kumpulan media asing dan polis hari ini.

Di bawah undang-undang Thai seseorang yang dikenakan hukuman kerana menghina raja, raja permaisuri, waris atau putera mahkota boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Pendakwaan semakin meningkat sejak tentera mengambil alih kuasa tahun lepas, dengan memecah rekod hukuman yang dikenakan sejak beberapa bulan lepas ke atas pelanggar undang-undang terbabit.

Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT), yang mewakili media antarabangsa di negara diperintah junta itu, berkata ia diminta agar bekerjasama dalam siasatan itu selepas Duta AS Glyn T. Davis menyampaikan ucapan di sana bulan lepas.

Kelab itu diminta membantu polis “dalam siasatan rasmi ke atas sama ada ulasan dibuat Duta AS Glyn Davies di kelab itu pada 25 November melanggar Artikel 112 Kanun Jenayah, undang-undang lese majeste,” kata kelab itu dalam satu kenyataan hari ini.

Duta AS ke Thailand, Glyn T. Davis. – Reuters
Duta AS ke Thailand, Glyn T. Davis. – Reuters

“FCCT memberikan kerjasama jitu kepada polis,” tambahnya.

Seorang pegawai kanan polis Thai mengesahkan kepada AFP bahawa mereka ada menerika aduan dan sedang menyiasat kritikan duta tersebut.

Dalam ucapan panjang lebar kepada FCCT, yang turut mengucapkan tahniah sempena ulang tahun ke-88 Raja Bhumibol Adulyadej, Davies turut melahirkan keprihatinannya mengenai tempoh hukuman penjara terlalu panjang dikenakan ke atas pesalah di bawah undang-undang lese majeste.

Di Thailand mana-mana individu tidak boleh membuat sebarang dakwaan memfitnah raja dan polis bertanggungjawab menjalankan siasatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA