KRK ‘A’ juara futsal JAPEM

KRK ‘A’ juara futsal JAPEM

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Pasukan KRK ‘A’ menjuarai Kejohanan Futsal Antara Bahagian-Bahagian Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) 2016 selepas menumpaskan Pasukan Bantuan di perlawanan akhir dengan jaringan 3–1.

Kejohanan futsal berkenaan adalah bagi bahagian-bahagian di JAPEM dan berlangsung di Dewan Serba guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Kejohanan futsal ini merupakan kejohanan tahunan yang dikendalikan oleh bahagian-bahagian di JAPEM secara bergilir-gilir. Pada tahun ini kejohanan ini telah dikendalikan oleh Bahagian Pencen-Pencen.

Sementara itu, tempat ketiga dikongsi bersama oleh Pasukan Pasukan Pentadbiran dan KWK dan Pasukan Pasukan Pusat Bahagia dan Daerah setelah tewas pada perlawanan separuh akhir kepada lawan masing-masing.

Tetamu kehormat menyampaikan Piala Pengarah kepada juara Futsal Pasukan KRK ‘A’.
Tetamu kehormat menyampaikan Piala Pengarah kepada juara Futsal Pasukan KRK ‘A’.

Hadir menyaksikan dan menyampaikan hadiah kejohanan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Abdul Rahman bin Haji Apong,. Kejohanan sehari yang dianjurkan buat kali ke-9 itu disertai oleh enam buah pasukan iaitu Pasukan Bantuan, Pasukan Pentadbiran dan KWK, Pasukan KRK ‘A’, Pasukan KRK ‘B’, Pasukan Pencen dan IT, Pasukan Pusat Bahagia dan Daerah.

Pada tahun ini sebanyak tiga anugerah telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Anugerah Juara Liga dimenangi oleh KRK ‘A’; Anugerah Penjaring Terbanyak dimenangi oleh Awangku Norazaimi bin Pengiran Omar daripada Pasukan Bantuan apabila berjaya menjaringkan lima jaringan dan Pemain Terbaik dianugerahkan kepada Awang Muhd Kamaluddin bin Mohd Yusof.

Kejohanan antara lain bertujuan untuk mewujudkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan pegawai dan kakitangan melalui aktiviti suka dan menanai semangat kerjasama berpasukan di antara para ahli dalam pasukan dan juga bahagian masing-masing.

Selain untuk memilih pemain-pemain yang berpotensi untuk mewakili jabatan ke kejohanan yang sama bagi peringkat Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, di samping untuk mengukuhkan hubungan silaturahim yang sedia ada dalam kalangan pegawai dan kakitangan.

ARTIKEL YANG SAMA