Kru angkasa pulang ke bumi

Kru angkasa pulang ke bumi

CAPE CANAVERAL, Fla./ALMATY, 2 Mac (Reuters) – Angkasawan NASA, Scott Kelly dan kosmonaut Rusia, Mikhail Kornienko kembali ke Bumi hari ini selepas hampir setahun berada di Stesen Angkasa Antarabangsa, dalam misi angkasa AS terpanjang dalam rekod, yang dihasratkan untuk membuka jalan bagi perjalanan manusia ke Marikh.

Pesawat Soyuz yang membawa Kelly, Kornienko dan Sergey Volkov, seorang lagi angkasawan Rusia, membuat pendaratan dilengkapi payung terjun di atas steppe berhampiran bandar Zhezkazgan, Kazakh pada 10:26 pagi (0426 GMT), sekitar tiga setengah jam selepas meninggalkan stesen tersebut.

Kelly dan Kornienko berada di stesen angkasa itu selama 340 hari, sekitar dua kali ganda daripada kru-kru sebelumnya.

Penerbangan mereka mencatatkan rekod bagi stesen angkasa dan misi angkasa AS paling lama.

Volkov, berada di angkasa selama lima setengah bulan, adalah yang pertama keluar dari kapsul itu, yang disambut oleh ayahnya, Alexnader Volkov, juga seorang angkasawan.

Scott Kelly (kanan), Sergei Volkov (tengah) dan Mikhail Korniyenko dikelilingi oleh kakitangan lapangan, berehat sebentar sejurus mendarat berhampiran bandar Dzhezkazgan (Zhezkazgan), Kazakhstan, pada 2 Mac. – Reuters
Scott Kelly (kanan), Sergei Volkov (tengah) dan Mikhail Korniyenko dikelilingi oleh kakitangan lapangan, berehat sebentar sejurus mendarat berhampiran bandar Dzhezkazgan (Zhezkazgan), Kazakhstan, pada 2 Mac. – Reuters

Kelly, adalah orang seterusnya, melambai-lambaikan tangan dan tersenyum sebelum memulakan perbualan telefon satelit.

Selama hampir setahun di angkasa, Kelly, 52, dan Kornienko, 55, menjadi tumpuan bagi berpuluh uji kaji perubatan dan kajian sains yang cuba untuk mempelajari berapa lama tubuh manusia boleh diubah kepada keadaan tanpa berat dan persekitaran angkasa dengan radiasi tinggi.

Kajian itu bertujuan bagi membantu agensi angkasa AS dan rakannya bagi membangunkan rancangan bagi misi kemanusiaan ke Marikh yang akan bertahan sekurang-kurangnya dua tahun.

Kelly dan kembarnya Mark, bekas seorang angkasawan NASA, juga menyertai kajian genetik, yang pertama untuk dinilai jika perubahan genetik berlaku ketika penerbangan panjang angkasa.

Misi Kelly selama 340 hari mengatasi rekod penerbangan angkasa paling lama AS sebelumnya bagi 215 hari, yang dicatatkan oleh angkasawan Michael Lopez-Algeria yang berada di stesen angkasa itu pada 2007.

Misi paling lama dunia dijalankan oleh empat angkasawan era Soviet yang berada di stesen angkasa Mir, termasuk penerbangan dari Januari 1994 sehingga Mac 1995, yang hampir 438 hari oleh pemegang rekod Valeri Polyakov, seorang pakar perubatan.

Stesen Angkasa Antarabangsa, projek bersama AS, Rusia, Eropah, Jepun dan Kanada, menyusuli Mir dan telah menempatkan kru tetap secara bergilir-gilir sejak 2000.

Sebesar saiz rumah yang memiliki keluasan lima bilik tidur, stesen bernilai AS$100 bilion itu terbang 250 batu (400 km) dari atas Bumi.

ARTIKEL YANG SAMA