Kru kapal cedera diserang pemberontak

Kru kapal cedera diserang pemberontak

ABU DHABI, 5 Okt – Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata hari ini terdapatnya kecederaan di kalangan anggota kru sebuah kapal yang diserang oleh pemberontak Yaman di jalan air strategik Bab al-Mandab pada minggu lalu.

Kementerian luar tidak berkata jumlah orang yang cedera dalam serangan pada malam Jumaat tetapi berkata mereka sedang menerima rawatan di UAE.

Tentera UAE sebelumnya berkata tidak adanya kecederaan dalam serangan di laluan perkapalan sibuk yang menghubungkan Terusan Suez dan Laut Merah dengan Teluk Aden dan Lautan India.

Kementerian mengenal pasti kapal sebagai HSV-2 Swift, katamaran berkelajuan tinggi yang dikatakannya telah disewa daripada National Marine Dredging Company di Abu Dhabi.

Ia berkata kapal tersebut adalah ‘awam’ dan ‘tidak mempunyai keupayaan tentera’, walaupun kapal itu sebelumnya telah pun disewa oleh Tentera Laut AS dan beroperasi dengan gabungan kru tentera-awam.

Kementerian mengecam ‘serangan keji’ itu yang dikatakannya mempunyai ‘kesan serius ke atas kebebasan pelayaran’.

Majlis Keselamatan PBB juga mengecam serangan dalam satu kenyataan semalam.

“Anggota Majlis Keselamatan memandang serius ancaman terhadap perkapalan sekitar Bab al-Mandab, laluan perkapalan strategik,” kata kenyataan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA