Kru televisyen Australia bebas dari penculikan

Kru televisyen Australia bebas dari penculikan

SYDNEY, 21 April – Kru televisyen Australia yang membantu seorang ibu dalam penculikan gagal ke atas dua orang anak wanita itu di Lubnan, pulang ke tanah air hari ini di tengah laporan tentang perjanjian berjuta-juta dolar dengan ayah kepada dua orang anak itu supaya menggugurkan tuduhan penculikan.

Ibu yang berasal dari Brisbane Sally Faulkner dan pasukan Channel Nine diberkas dan didakwa minggu lalu selepas anak lelaki dan anak perempuan Faulkner diculik di sian ghari di jalan Beirut.

Tetapi mereka dibebaskan dengan ikat jamin Rabu lalu selepas ayah mereka, Ali al-Amin memutuskan untuk tidak meneruskan dakwaan di mahkamah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA