Kru temui bagasi tulang sum-sum yang dicuri

Kru temui bagasi tulang sum-sum yang dicuri

EMDEN, Jerman, 27 Mei (dpa) – Seorang kru pembersih di bandar Emden utara Jerman menemui bagasi mengandungi material pemindahan perubatan, sehari selepas ia dicuri daripada perkhidmatan kiriman cepat yang ingin menghantarnya kepada seorang penerima di Perancis, lapor polis Jerman hari ini.

Bagasi itu mengandungi tulang sum-sum – laporan awal mengatakan ia adalah buah pinggang – hilang semalam di Siegburg selepas pencuri mengganggu perkhidmatan kiriman cepat semasa kereta api berhenti di bandar Siegburg barat Jerman.

Kelihatannya pencuri tidak mengetahui kandungan bagasi ketika mereka mengambilnya.

Kru pembersih menemui bagasi itu pada hari keesokannya dalam kereta api di Emden, kira-kira 350 km utara dari tempat kejadian curi. Polis mengatakan unit penyejuk bagasi itu masih lagi berfungsi, bermaksud sum-sum dapat lagi digunakan.

Tulang sum-sum yang biasanya digunakan untuk merawat leukemia, telah dihantar ke sebuah hospital di bandar Strasbourg, Perancis bagi pembedahan pemindahan.