Krychowiak pemain kedua sertai PSG

Krychowiak pemain kedua sertai PSG

PARIS, 4 Julai – Pemain tengah Poland, Grzegorz Krychowiak menandatangani kontrak lima tahun dengan juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dari Sevilla, umum kedua-dua kelab hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu yang memulakan kerjaya bersama Bordeaux kembali bekerja di bawah kendalian bekas jurulatih Sevilla, Unai Emery yang kini membimbing PSG.

Dia menjadi pemain kedua dibawa masuk PSG pada musim panas ini selepas pemain tengah Perancis, Hatem Ben dari Nice.

Fokus Emery di Paris adalah untuk menjuarai Liga Juara-Juara dan Krychowiak yang menghabiskan dua musim di Sepanyol adalah watak penting Sevilla ketika menjuarai saingan Liga Europa kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Liverpool dalam aksi final, Mei lalu.

Gambar fail yang diambil pada 7 Jun 2016 menunjukkan pemain tengah Poland menunjukkan reaksi Krychowiak semasa sesi latihan di La Baule, barat Perancis tiga hari sebelum permulaan kejohanan bola sepak Euro 2016. Krychowiak menandatangani kontrak lima tahun dengan juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dari Sevilla, umum kedua-dua kelab semalam. - AFP
Gambar fail yang diambil pada 7 Jun 2016 menunjukkan pemain tengah Poland menunjukkan reaksi Krychowiak semasa sesi latihan di La Baule, barat Perancis tiga hari sebelum permulaan kejohanan bola sepak Euro 2016. Krychowiak menandatangani kontrak lima tahun dengan juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dari Sevilla, umum kedua-dua kelab semalam. – AFP

Menurut laporan media di Sepanyol, nilai perpindahan Krychowiak – yang menjadi sebahagian skuad Poland yang tersingkir di suku akhir selepas tewas kepada Portugal – adalah sebanyak 26 juta euro.

“Ia didorong oleh rasa bangga untuk kembali ke Perancis dan menyarung jersi kelab yang mempunyai cita-cita besar seperti PSG.

“Kembali bekerja sama dengan Unai Emery sudah pasti antara salah satu sebab utama saya ke PSG,” kata Krychowiak. – AFP