Krygios tetap wakili Australia di Piala Davis

Krygios tetap wakili Australia di Piala Davis

SYDNEY, 6 Julai (Reuters) – Bintang tenis Australia, Nick Kyrgios akan beraksi dalam perlawanan suku akhir Piala Davis menentang Kazakhstan di Darwin, bulan ini seandainya dipilih.

Kyrgios dalam laman sosial Facebook miliknya mengulas komen rakan senegaranya, Bernard Tomic yang berkata dia mungkin akan menimbang untuk memboikot skuad kebangsaan kerana simpati kepada apa yang terjadi kepada rakannya itu.

Tomic sebelum ini digugurkan daripada pasukan Australia bagi pertemuan yang dijadual pada 17 hingga 19 Julai ini kerana berbalah dengan badan induk, Tenis Australia selepas kekalahan pusingan ketiga di Wimbledon.

Pemain berusia 22 tahun itu disingkirkan penyandang juara, Novak Djokovic. “Sebagai warga Australia, adalah satu keistimewaan untuk mewakili negara dalam Piala Davis,” kata Kyrgios.

Reaksi Kyrgios semasa menentang Richard Gasquet di Wimbledon semalam. – AFP
Reaksi Kyrgios semasa menentang Richard Gasquet di Wimbledon semalam. – AFP

“Selagi saya mampu, cergas dan sihat, ia adalah peluang yang tidak akan saya lepaskan,” katanya. Kyrgios dijadual berdepan pemain Perancis, Richard Gasquet pada peringkat 16 pemain terakhir Wimbledon, hari ini.

Tomic sebelum ini menuduh Tenis Australia sebagai mengabaikan dia dan adiknya, Sara apabila pembiayaan mereka dicantas oleh badan induk itu kerana enggan memberikan kerjasama kepada bapa serta jurulatih penuh kontroversi, John.

ARTIKEL YANG SAMA