KSPL FT menang tipis aksi rentas sempadan

KSPL FT menang tipis aksi rentas sempadan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mac – Ke arah menjalin lagi hubungan persaudaraaan dalam rentas sempadan, PACU Family FT menjemput Kelab Sukan Piasau Link (KSPL) FT dari Miri, Sarawak, Malaysia untuk berkunjung ke Negara Brunei Darussalam bagi mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak.

Semasa perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah dan pasukan jemputan, masing-masing mempamerkan aksi yang sengit apabila perlawanan berakhir dengan jaringan tipis 4-3 berpihak kepada pasukan jemputan.

Perlawanan persahabatan yang turut bertujuan bagi memperkukuh ikatan tali kekeluargaan sesama anggota PACU Family FT berkenaan telah dijalankan di padang bolasepak Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC).

PACU Family FT (merah jambu) dan KSPL FT (biru) dari Miri telah mengadakan perlawanan persahabatan di Padang BSRC.
PACU Family FT (merah jambu) dan KSPL FT (biru) dari Miri telah mengadakan perlawanan persahabatan di Padang BSRC.