KSU Pentadbiran HK diterima mengadap

KSU Pentadbiran HK diterima mengadap

Gambar oleh Muiz Matdani dan Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Ketua Setiausaha Pentadbiran, Rantau Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), Republik Rakyat China, Yang Berhormat Puan Carrie Lam.

Majlis mengadap pagi tadi berlangsung di Qashr Al-Meezaan. Turut serta dalam majlis mengadap itu ialah Pengarah Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Singapura, Fong Ngai dan pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Ketua Setiausaha Pentadbiran SAR Hong Kong dan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Singapura,

Turut hadir di majlis mengadap itu, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (kedua), Yang berhormat Pehin Orang kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

pg03_150728_a

pg03_150728_b

pg03_150728_c

Sementara itu di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdangangan, mengadakan jamuan tengahari bagi Yang Berhormat Puan Carrie Lam.

Yang Berhormat Puan Carrie Lam berada di negara ini bagi lawatan dua hari.

ARTIKEL YANG SAMA